"...SALAM MEMANCING... JADIKAN IANYA SATU RIADAH YANG BERFAEDAH..."



KeKiLiEmAs

iNi aKu

Aku..
Seorang manusia yang jadikan memancing sebagai hobi sepenuh masa apabila ada masa terluang.
Jika disebut bab memancing, aku sapu bersih! Tak kira mancing udang galah ke, siakap ke, mancing kat pantai ke, kat paya ke aku ok jer. janji nama perbuatan tu memancing. (kecuali kat laut-mabuk agaknya)

Aku ni boleh dikira bertuah sebab jatuh kat AMBS. Kenapa aku kata begitu? AMBS ni terletak di tengah2 kawasan yang punyai banyak tempat memancing. Kalau aku ke depan  aku akan jumpa sg. Ranggon (Lubuk udang galah), Sg. Kerteh (lubuk siakap putih, siakap merah dan ubi) dan persisiran pantai yang banyak spesis ikan seperti ebek, gerong dan pari.

UDANG GALAH SAIZ 'A' YANG TERDAPAT KAT
SUNGAI RANGGON

Sekiranya aku ke belakang, aku akan temui ekor jeram sg paka yang di diami beberapa spesis ikan seperti baung, tengas, lampan dan kelah. Ke kiri pula aku akan jumpa sg Durian Mentangau iaitu jaluran sg Paka. Di situ ada jugak lubuk udang galah dan kalau ke bawah sedikit akan temui muara dan pantai paka yang banyak spesis ikan seperti  siakap putih, merah, dan bermacam lagi. dan kiranya aku ke kanan, aku boleh lagi memancing udang galah di sg, Yah Yah di Ibuk, Kemaman


REZEKI MEMANCING UBI, DIBAHAM SIAKAP PUTIH

Aku lebih bertuah di sini kerana kebanyakan sahabat-sahabat adalah sejiwa dengan minat aku walaupun bukan semua yang sapu bersih seperti aku. Ada kawan tu jenis minat mancing udang galah jerr... ada setengah tu minat mancing kat pantai dan ada jugak yang jenis minat mancing ikan darat. Aku tak kisah minat diaorang sebab aku boleh masuk belaka. Kalau ajak ke pantai aku ok, ke sungai pun aku ok dan akan ok walau kemana-mana kalau tidak dihalang oleh kerja yang lebih penting.


SIAKAP MERAH YANG SAMBAR UMPAN KEPALA IKAN
SELAYANG KETIKA MEMANCING UBI

Bagaimanapun aku lebih suka memancing kat sg Ranggon, Kerteh. Aku biasanya memancing ikan ubi di situ. Setiap kali aku pergi biasanya akan dapat sekurang2 seekor. Cukuplah tu, RM70.00 sekilo. Kalau dapat lebih, lagi menguntungkan tetapi yang menariknya bukan kerana untung rugi dapat ikan ubi yang mahal tu tetapi biasanya aku jugak tak pernah mis mendapat ikan lain seperti siakap merah, siakap putih dan gelama. Walaupun niat untuk memancing ubi, apabila joran dihenjut ikan lain dah kira untung sangat dah. Nak cari kat mana kenikmatan menarik ikan cam tu, lebih2 lagi kalau ikan tu cecah 3, 4 kilo.


IKAN UBI 2 KG YANG DINAIKKAN DI SUNGAI RANGGON

Okeylah serba sedikit tentang aku.
Kepada sahabat2 aku yang ada cerita atau gambar termasuk video menarik tentang memancing untuk dikongsi, bolehlah hubungi aku di alamat ni eizamudegaloh@gmail.com  ATAU zam_udegaloh@yahoo.com