"...SALAM MEMANCING... JADIKAN IANYA SATU RIADAH YANG BERFAEDAH..."



KeKiLiEmAs

15 Disember 2009

Selamatkah Lagi Udang Galah Dan Ikan Di Sungai Kita

Assalamualaikum... Salam Sejahtera. Syukur banjir dah reda, tapi tidak diketahui ketentuan Allah akan ada gelombang ketiga nanti tapi harap-harap tidak ada la. Sepanjang musim bah itu semua kegiatan memancing, baik udang ataupun ikan tidak aku lakukan.
Matahari dah mula memancar, air sungai dah banyak surutnya dan sudah pastinya, tok janggut mula 'galak'. Seingat aku setiap kali selepas bah , berbaris-baris faber pemancing udang galah menyusur sungai. Kalau kat area aku, sungai Pengkalan Ranggon, Sg. Yakyah di Ibuk dan sg. Durian Mentangau akan menjadi mangsa si kaki pemancing.
Memang tidak sia-sia setiap kali ke sungai tersebut paling tidak 2 kg udang galah pasti dapat. Kalau orang tu berpengalaman atau biasa dengan lubuk di sungai-sungai tersebut aku tak nak ceritalah... dok rok kandar ar.. kata orang sini.

Bukan niat nak menunjuk atau meriak yang sungai berhampiran kampung aku ini banyak udang galah tapi hakikatnya begitulah setiap tahun bila surut banjir. Sebagai kaki pancing, aku sangat bersyukur kerana Tuhan anugerahkan sungai-sungai itu dengan rezeki yang sentiasa tidak menghampakan pemancing
termasuk diri aku.
Dalam seronok memancing, kita kena sedar bahawa Allah turunkan rezeki itu dengan sekadar apa yang mampu kita nikmati. Kalau orang lain boleh banyak, berkilo-kilo dan kita pula ciput, hanya dua tiga ekor jangan pulak main kotor... Aku sangat bengang kalau golongan orang yang tidak waras wujud dikalangan pemancing udang galah ni... maksud aku kelompok yang tahu nak makan besar, tamak dan berotak busuk. Orang lain susah payah gali cacing, tangguk udang beras dan macam-macam cara lagi cari umpan untuk memancing tapi golongan yang aku maksudkan tadi cuma guna umpan cecair cap tengkorak (tuba). Mudah jer kerja dia orang ni, tapi akibatnya... Tuhan saja yang tahu.
Aku mintaklah... tak kira di sungai negeri mana anda berada, kita berpakatlah cakna tentang ini dan cepat buat laporan kepada www.dof.gov.my jika berlaku kegitan tidak bermoral ini. Kepada pihak berkuasa pula, jangan buat endah tak endah bila dah kita orang buat laporan. Selalu-selalulah buat pemantauan atau paling tidakpun hebahkan kesedaran kepada golongan berakal pendek ini. Saya yakin dalam Malaysia ini ada lebih kurang 5 juta kaki pancing atau lebih... dan tak salah sekiranya pihak berwajib ( PERIKANAN ) mengambil berat tentang bahana ini dengan berbelanja lebih sedikit bagi sekurang-kurangnya mengurangkan jenayah menuba ini.
Teringat aku tentang kejadian di sungai Pengkalan Ranggon beberapa tahun lalu di mana sekumpulan orang awam memukul dengan teruk si penuba... kemudian baru 'report' pada polis. Bagi aku, padan dengan muka dia tapi apa sudahnya???. Lepas tu berlaku lagi dan kena lanyak lagi... dan aku pasti kegiatan ini tak akan terhenti walaupun si penuba dipukul mati sekalipun sekirannya tanpa kesedaran yang jelas dan tindakan tegas dari pihak berkuasa.

Di sungai-sungai lain pun aku dapat tahu saban tahun pasti ada kegiatan haram ini, tapi tidak ada apa-apa tindakan mungkin tiada aduan ataupun mereka tidak tahu di mana nak adu perkara bergini.
Kepada semua pihak baik kaki pancing atau pun pihak berkuasa janganlah kita biarkan perkara ini terus berlaku dan janganlah anggap ianya hanya sebahagian kes terpencil. Kepada golongan yang suka-suka atau serius atau jenis sengaja 'cari pasal' untuk melakukan penubaan ini aku harap fikir-fikirlah tentang masa depan... Mungkin, 10 - 15 tahun lagi generasi kita tidak kenal lagi dengan udang galah dan hanya boleh dilihat hanya dalam gambar.
Itu kisah udang... Populasi ikan juga dah mula kepupusan... Di kawasan aku ni banyak lubuk-lubuk yang kaya dengan spesis ikan berharga, seperti kelah, tapi sekarang kalau mancing dapat yang berat 1 kilopun dah nak pecah kampung, hebohnya! Lain-lain spseis seperti lampan,tengas, baung, sebarau dan sebagainya masih ada tapi kuantitinya dah jauh menurun berbanding dua tiga tahun lalu. Kalau dulu, aku nak makan ikan darat, pukul 5 petang balik dari kerja cari belalang tujuh lapan ekor dan RM2.00 ikan selayang (buat umpan), menunggang motor 10 minit dari rumah sampailah ke sungai. Campak jer kail tak sampai 2 minit dah dapat naikkan seekor lampan lebar sejengkal. Nak balik pukul 7 petang dah pasti ikan lampan dan baung ada dekat 10 ekor. Tapi sekarang aku turun dari rumah pukul 5 petang, balik jam 10 malam belum tentu aku boleh bawak balik 2 ekor ikan.



Aku yakin ada dua sebab dalam kes ini, pertama apa yang aku nampak keadaan ini berlaku kerana pembangunan ladang.. maklumlah tempat aku tinggal ni kawasan ladang sawit. Aku dapat perhatikan sungai semakin hari semakin cetek airnya.. dan yang kedua, kewujudan golongan seperti di atas tadi..jenis otak tohor. Dah lah sungai makin tohor dia orang pulak main tuba... tak cukup dengan tuba, karan (kejutan elektrik) lagi... Habis? Mana tempat ikan-ikan tu nak pergi... Aku tak ada kuasa untuk halang puak-puak nih, silap bercakap tak pasal-pasal kepala aku yang benjol. Namun aku harap akan ada jalan penyelesaiannya nanti...
Sama-samalah kita selamatkan kehidupan air yang juga sebahagian daripada kehidupan kita.

Tiada ulasan: