"...SALAM MEMANCING... JADIKAN IANYA SATU RIADAH YANG BERFAEDAH..."



KeKiLiEmAs

09 Mac 2010

Ebek Pantai Ma

Pandangan Pantai Ma di sebelah kiri

Pandangan Pantai Ma disebelah kanan

Pantai Ma, atau lebih popular dengan nama Batu Kuba, terletak dalam kawasan Labohan, Kerteh. Di pantai yang indah itu juga dijadikan satu tempat pembiakan penyu atau dikenali Pusat Santuari Penyu Ma' Daerah.


Di pantai itu juga terdapat banyak spesis ikan seperti gerong, ebek , pari dan bermacam-macam lagi dan di situlah tempat aku dan beberapa rakan pemancing  selalu bertamu.

Walaupun dikatakan banyak spesis ikan kelas A di situ, namun aku dan rakan2 tidak lagi dapat menaikkan ikan yang bersaiz besar seperti pari atau gerong. Selalunya tuka, ikan sebelah dan buntal yang menjadi penghilang boring.

Namun pada hari khamis 4 Mac lalu aku dan Yusli dapat naikkan ebek bersaiz sederhana antara 2 - 2.5 kg. Itu pun dah dikira seronok giler. Apa tidaknya, hampir setengah hari menunggu barulah nampak joran melentur direnjut.


Aku dan awie bergaya dengan ebek pertama
yang dapat dinaikkan di sini



Yusli bersama ebek yang dipancingnya

Pada hari tersebut, aku bersama empat rakan memancing iaitu Yusli, Awie dan Madi seawal jam 9 pagi telah mula memancing. Ebek pertama yang aku naikkan hampir jam 12 tengahari dan Yusli pula dapat naikkan lebih kurang pada pukul 2.30 petang.

Aku dapat rasakan di situ masih terdapat ikan yang lebih besar seperti pari atau gerong belang. Jesteru itu, Pantai Ma, tunggu! kami akan pergi lagi.

Tiada ulasan: