"...SALAM MEMANCING... JADIKAN IANYA SATU RIADAH YANG BERFAEDAH..."



KeKiLiEmAs

26 Januari 2010

Tuba Lagi!

Kesal... geram dan celaka sungguh manusia berotak binatang tuh! Tak de kerja lain dah agaknye.
Aku gi ngail hari sabtu, 23 Januari kat sg.Ranggon. Aku diberitahu oleh pemancing di situ sungai ni dah kena tuba pada malam khamis 21 hb Januari. Katanya di curahnya racun tu kat sungai di kampung Batu Putih. Siapa punya angkara, tidak tahu....

Aku tak kisah sangat sebab jauh dari tempat aku biasa memancing walaupun sungai tu bersambung. Masa tu, sungai di belakang  airport Kerteh, udang galah masih galak. Taklah sia-sia aku hari itu. Selain udang galah, aku dapat juga seekor ikan ubi(ketutu) dan seekor siakap merah. Kira lumayanlah juga.

Hajat nak pergi lagi pada 29 atau 30 hb nih tetapi malang sungguh, aku dimaklumkan sungai kat airport pulak kena tuba sehari dua lalu. Hancur rasanya hati ini. Kat mana la lagi udang galah dan ikan nak duk. Serata sungai dah kena racun.

Bincang dengan member nak melencong ke sungai Ibuk ( Sg. Yah Yah) pulak. Dengar cerita kat situ pun dah dituba jugak. Manusia jenis apa yang berotak busuk tu. Aku doa biar diorang ni tertelan tuba sendiri. Kalau kojol puak-puak ni baru aman si kaki pancing macam aku ni.


Tiada ulasan: