"...SALAM MEMANCING... JADIKAN IANYA SATU RIADAH YANG BERFAEDAH..."



KeKiLiEmAs

15 Februari 2010

Ubi... Buatku Tak Lena Tidur

Siapa sangka 4 kali turun ke sungai aku dapat habuan cecah RM1500. Atau dengan purata RM370 sehari. Asalnya nak main2, berhobi dengan memancing tapi sekali Allah turunkan rezeki, tak terkira syukurnya aku. Itulah sungai Pengkalan Ranggon yang selalu tidak hampakan aku baik memancing udang galah, siakap dan juga ubi (ketutu).


Sg. Pengkalan Ranggon, lubuk ikan ubi dan udang galah


Pertama kali aku turun selepas cuaca agak elok ni dengan beberapa rakanku seperti Madi, Zedi dan Japor. Kami turun dengan 2 buah faber, aku bersama Madi dan Zedi membawa Japor. Niat nak memancing siakap. Bagaimanapun rezeki kami tak ada, dari petang hingga ke malam seterusnya hingga ke pukul 2 , 3 pagi, tiada ikan yang dapat dinaikkan kecuali berberapa ekor 'sirat'.


'SIRAT'.. Entahlah nama sebenarnya apa


Inilah rupa 'SIRAT'


Nak balik dah jauh malam, jadi kami tidur je beralaskan baju hujan dan beratapkan langit dengan diselimuti embun sambil diulit rengit dan nyamuk.

Esoknya pagi2 aku dah kerah rakan-rakan sambung memancing. Keadaan air yang baru pasang memungkin kedatangan siakap putih atau siakap merah tetapi sama macam semalam juga. Tak ada ikan yang sudi makan umpan udang pasar dan selayan dedeh kami. Cuma kadang-kadang hujung joran bergedik disenjah 'sirat'.

Air pasang makin laju tak kala jam pukul 8.30 pagi, tiba-tiba joran aku dihenjut sesuatu. Aku terus sentap. Rasa ada ikan tetapi aku tidak pasti ikan apa kerana perangai lawannya kadang-kadang macam ikan duri. Sampai di pertengahan air lain dah lawannya, dan aku terperasan feel ubi saja macam tu. Bila aku tarik hingga ke gigi air, memang sah ia seekor ubi. Terus aku minta Madi saut dengan penyaut.

Boleh tahan besarnya, 1.6 kg. Fuh lega. Bukan apa, sejak bulan Julai tahun lepas, tak pernah lagi aku dapat ikan ubi. Inilah kali pertama tahun ini.


Ikan ubi (ketutu)

Hampir 2 jam aku di lubuk itu, aku berganjak ke lain lubuk pula. Mana tahu nak ada rezeki dapat ubi lagi walaupun niat kami nak memancing ikan lain.Tak sampai 20 minit, joran aku dibaham lagi, tetapi lawannya tak seberapa tapi aku pasti ia juga ikan ubi. dalam lebih kurang seminit aku naikkan lagi seekor ubi sebesar lengan. Adalah dalam 700 gram. Kira okaylah tu. lepas tu, puas kami tunggu, tak ada lagi kelibat ubi hinggalah ke tengahari. Jadi kamipun beransur balik. Bagaimanapun aku dah pulang modal walaupun sehari semalam di dalam sungai.

Cuti tahun baru cina, tidak aku sia-siakan. Bermula hari sabtu aku turun dengan Yusli. Rezeki kami agak baik kerana dapat juga 2 ekor bersaiz 1.2 kg dan 900 gram. Selain ikan ubi, kami juga dapat 18 ekor ikan gelama gigi jarang dan 2 ekor sembilang bersaiz 2 kg lebih.

Hari Ahad aku bersama Denan Posman dan dua rakan dari KL ialtu Li dan Sul pula. Kami turun dengan 3 buah fiber. Aku dan Denan sebuah seorang manakala Li dan Sul berdua dengan faber barunya.


Faber baru Sul yang aku tolong bawakan dengan
kereta aku ke sungai Pengkalan ranggon

Hanya aku yang kemaruk ikan ubi kerana mereka bertiga lebih excited kepada udang galah. Aku pun faham, bukan mudah nak dapat ikan ubi ni. Biasalah 3 hingga 4 jam menunggu di satu-satu lubuk untuk dapatkan seekor ikan ubi. Dan adakalanya seekorpun tak dapat. Jadi kepada mereka yang tidak tahan sabar, tidak boleh memancing ikan ubi ni.

Aku bersama ubi seberat 2.5 kg


Pada hari itu aku dapat naikkan 2 ekor juga ikan ubi bersaiz 1.2 kg dan 2.5 kg.




Keesokan hari aku pergi lagi, kali ini aku keseorangan. Bukan tamak tetapi Yusli kena hadiri majlis kahwin di KT, Madi balik kampung di Kelantan. Zedi pula, memancing udang galah di sungai Yah Yah dan rakan lain entah ke mana. Maklumlah cuti panjang.


Ikan ubi bersaiz 1.2 kg

Pada hari tersebut, aku dilimpahkan rezeki bila dapat naikkan 8 ekor ikan ubi. Kalau aku terus menunggu, aku pasti akan dapat naikkan seekor dua lagi tetapi keadaan ruang dalam faber aku dah sempit sangat. Aku bimbang akan ada yang mati nanti.


Lapan ekor ikan ubi di ruang depan faber aku


Semua ikan bersaiz lebih sekilo. Paling besar, 3.3kg dan paling kecil 1kg. Semua sekali beratnya 12.8kg. Sejak itu, aku dah tak lena tidur. Nasib baik cuti tahun baru cina masih berbaki lagi sehari. Keesokan, aku turun lagi. Kali ini diikuti Denan, Sul dan Li. Bagaimanapun mereka hanya memancing udang galah.



Rezeki aku agak baik juga apabila dapat naikkan 3 ekor ikan ubi bersaiz 800 gram, 1.3 kg dan 1.8 kg.

Kesemua yang ada dalam simpanan aku setakat ni dalam 24.8 kg. Andai kata nilainya purata RM60 sekilogram, bermakna aku dah dapat RM1488.00. Lumayan gileeeer. Kalau macam ni rezeki tuhan beri kepada semua kaki pancing nampaknya isteri tentu senyum lebar setiap kali beritahu nak pergi memancing. Aku dah buktikan, hobi memancing ni bukan aktiviti yang membuang masa malah bukan saja seronok tapi dapat juga habuan yang cukup lumayan.

Target aku setiap kali memancing ubi atau dikenali juga ketutu atau marble goby ni hanya seekor bersaiz sekurang-kurang 1.5 kg. Kalau dapat ubi bersaiz ni dah kira cukup untung. Apa tidaknya sekilo harganya RM65. kalau 1.5 kg boleh dapat RM97.50. Modalnya RM45 termasuk minyak kereta , minyak enjin bot , umpan , bekalan dan .... Jadi masih ada baki 52.50. Jika ada rezeki dapat lagi ikan siakap putih atau siakap merah, boleh pula buat lauk.




Ikan ubi sg. Pengkalan Ranggon, Kerteh

Okaylah, sebenarnya aku ada lagi cerita pasal ubi ni dan pasal makhluk aneh semasa memancing tapi aku dah tak larat nak menaip ni. Lain kalilah. Aku akan ikhtiar untuk videokan pula aksi memancing ikan ubi ni. Tunggulah!

1 ulasan:

Mat Shah berkata...

Wow hebat ar mung... saye nok gi ngail etek buleh ke bawok saye sekali...